Wednesday, October 20, 2010

keseronokan selepas bekerja





assalamualaikum,


hari ni aku mendapat jemputan utk menghadiri ceramah agama sebagai speaker jemputan. memandangkan aku ni pernah skolah agama kain hijau kat sekolah al-watan dan dapat mumtaz dalam peperiksaan, xkan la aku mahu menolak pulak pelawaan tu kan....

okla aku tipu je. aku mendapat jemputan meramaikan majlis merasmikan line bowling yang baru diubahsuai kat One Utama tu. opis aku pulak sekangkang kera je dengan OU tu, jadi ini adelah last minute plan yang dirancang oleh suriati.tah aku tuduh je sbb die yang tepon aku tadi.

line up pada hari ni adelah : jasmin, rus, suriati dan farah bekas pekerja yang berdedikasi.haa farah aku puji ko ni harus la mendapat sedikit imbuhan bukan?


aku pon bersetuju dan dengan ini dapat la aku melepaskan tensi yang dialami sepanjang waktu bekerja. tak kanla aku nak minum minuman beralkohol mcm orang kafir quraisy tu pulak gile ape nak kene panah petir ke. ye la, kat tempat kerja korang mestila ade seekor dua manusia yang berperangai seperti anak kambing dan rase nak tumbuk perot diorang bertalu-talu kan? oleh kerana aku ni masih mengamalkan adat resam masyarakat melayu dan tiong hua, aku bertindak secara professional je la..huii dalam hati macam nak tikam je.

lihatla carta dalam gamba ni. aku mmg rival terdekat diorang dalam aksi bola longkang. aksi balingan aku pon shalin zulkifli pasti teruja tgk aku selambe je berbaju kurung. penah korang nampak shalin zulkifli tak? sukan komanwel ni die menang pingat ape?



selepas tu kami pon menuju ke destinasi seterusnya untuk sesi menambah lemak diperut. atas dasar suka sama suka kitorang pon sampai la di teh tarik place, mapley dalam mall.

mungkin shah rukh khan yang goreng megi ni sbb mahal nak mampus! teh tarik ni mungkin diterbangkan khas dari Laos agaknye.eh, Laos tu sebelah india ke?


sesi ini berlarutan sehingga mapley tu menghalau kami kerana tidak sedarkan waktu berlalu kerana keseronokan mengumpat dan mengeji. kire luahan perasaan la ni.

cubaan nak masukkan diri sendri dalam foto agak kurang menjadi. berat siot kemre ni cane nak kontrol.



motif? skil memfokus masih ditahap tidak memuaskan. bile aku nak master ni nak proceed lesson lain plak...


ah nak tido. terima kasih atas jemputan dan diharapkan aktiviti sihat ini dapat diteruskan (ayat karangan) selain dari senaman semayang sunat, ni pon ok ape? haa haa, if you know what i meant =)

1 comment: