Wednesday, October 20, 2010

keseronokan selepas bekerja





assalamualaikum,


hari ni aku mendapat jemputan utk menghadiri ceramah agama sebagai speaker jemputan. memandangkan aku ni pernah skolah agama kain hijau kat sekolah al-watan dan dapat mumtaz dalam peperiksaan, xkan la aku mahu menolak pulak pelawaan tu kan....

okla aku tipu je. aku mendapat jemputan meramaikan majlis merasmikan line bowling yang baru diubahsuai kat One Utama tu. opis aku pulak sekangkang kera je dengan OU tu, jadi ini adelah last minute plan yang dirancang oleh suriati.tah aku tuduh je sbb die yang tepon aku tadi.

line up pada hari ni adelah : jasmin, rus, suriati dan farah bekas pekerja yang berdedikasi.haa farah aku puji ko ni harus la mendapat sedikit imbuhan bukan?


aku pon bersetuju dan dengan ini dapat la aku melepaskan tensi yang dialami sepanjang waktu bekerja. tak kanla aku nak minum minuman beralkohol mcm orang kafir quraisy tu pulak gile ape nak kene panah petir ke. ye la, kat tempat kerja korang mestila ade seekor dua manusia yang berperangai seperti anak kambing dan rase nak tumbuk perot diorang bertalu-talu kan? oleh kerana aku ni masih mengamalkan adat resam masyarakat melayu dan tiong hua, aku bertindak secara professional je la..huii dalam hati macam nak tikam je.

lihatla carta dalam gamba ni. aku mmg rival terdekat diorang dalam aksi bola longkang. aksi balingan aku pon shalin zulkifli pasti teruja tgk aku selambe je berbaju kurung. penah korang nampak shalin zulkifli tak? sukan komanwel ni die menang pingat ape?



selepas tu kami pon menuju ke destinasi seterusnya untuk sesi menambah lemak diperut. atas dasar suka sama suka kitorang pon sampai la di teh tarik place, mapley dalam mall.

mungkin shah rukh khan yang goreng megi ni sbb mahal nak mampus! teh tarik ni mungkin diterbangkan khas dari Laos agaknye.eh, Laos tu sebelah india ke?


sesi ini berlarutan sehingga mapley tu menghalau kami kerana tidak sedarkan waktu berlalu kerana keseronokan mengumpat dan mengeji. kire luahan perasaan la ni.

cubaan nak masukkan diri sendri dalam foto agak kurang menjadi. berat siot kemre ni cane nak kontrol.



motif? skil memfokus masih ditahap tidak memuaskan. bile aku nak master ni nak proceed lesson lain plak...


ah nak tido. terima kasih atas jemputan dan diharapkan aktiviti sihat ini dapat diteruskan (ayat karangan) selain dari senaman semayang sunat, ni pon ok ape? haa haa, if you know what i meant =)

Friday, October 15, 2010

kenape org berperangai seperti keldai?

assalamualaikum dan salam sejahtera,

heheh, tetibe macam blog ilmiah nak kasi salam diawal entry. saje nak tiru mcam blog adik aku. haha. xde la nampak sangat jauh berbeza tahap keimanan aku ngn die.mungkin faktor pengaruh rakan sebaya la agaknye, ala sume budak stadi kat negara timur tengah kan mcam tu...

huisshh terkutuk adik sendri plak..

reason aku apdet blog saje teringat nak mengembalikan kehangatan blog ni yang lame bersawang mcam bilek aku. so tulis la nnt dah tua aku leh buat revision balek ape aku buat mase mude2 dulu.

berbalik kepade tajuk asal, kenape orang berperangai seperti keldai? yaaaa keldai seperti watak donkey dalam filem shrek tu.at least yang tu lawak la jugak kan. aku sangat tak faham sesetengah manusia yang suke nak beli kereta tapi tak reti nak pakai. perkara ni banyak terjadi di kawasan perumahan aku.lantak korang la nak beli bas ke, airbus A330 ke, hape ke, yang aku hangin bile takde tempat nak parking lalu aku menjadi mangsa keadaan. dah la lorong umah tu sekangkang kera je(simpulan bahasa) pastu ko nak beli keta mcam ko pemilik kompeni nazaria tu. ape ko beli keta secondhand bebanyak tu leh apply AP ke???hah???huiii hangin aku lalu mencarut ringan dalam hati. boleh pulak bersikap kononnye ramah mesra rakyat malaysia ketuk pintu umah aku memalam tatkala aku menonton tv dan cakap 'bole alih keta ni tak, kitorang nak paking?'

hah??? whhaaattt the fishhhhh are you caruting about, perempuan??? ko tak nampak ke aku paking depan umah aku? ko nak aku paking mane setannnnn????i'm soooo pissed off uolssss...

dengan menahan kesabaran, aku pon kuar la umah

aku: cik adik, apesal pakai short pants memalam ni? nyamuk tak gigit ke?
perempuantakcukup akal: ohhh aii nak tunjuk kaki aii baru shave pakai veet nii..ok tak kak?
aku: hah, parut dan selulitmu kelihatan lebih ketara,mcam keldai
perempuantakcukup akal:owhh...*tutup selulit ngn tangan*
aku: aku kan paking depan umah aku ni. ko ni buta hurup ke ape?

setelah menerangkan keadaan sebenar, baru dapat hidayah budak tu. kesian..yang ni satu hal la, yang orang len yang beli keta tapi tak pakai tu awatnyaaaa??? aku tgk dok ngelap kete tu tiap2 pagi tapi geraknye tidak. musykil aku, mungkin dia ni macam orang yg nek basikal datang opis aku yang amek upah cuci kete kot...hmm ntah aku pon tak paham

adekah manusia jenis ni ade di tempat aku je ataupon spesis ni berkembang merata2?

Saturday, January 23, 2010

1st entry



atas permintaan ramai *perasan*, aku pon start la nak letak post baru selepas berfikir panjang. xde la panjang sangat pon, pk mase otw balek keje. kalo nak balek keje x yah concentrate sgt sbb jam nak mampos!!! (even skrg masih stress) tambah2 kalo hujan ke, ade accident ke(sbb ramai nyebok nak tgk-bukan nak tolong) lagi satu kalo hari jumaat..kurang paham punce sbnr tapi ape pon stress rase nak tarik2 rambut!!!!huhu...

pagi yang indah di LDP

lari dari topik sebenar. what shud i post for 1st entry? kalo mase skolah dulu2 1st day mane blaja lagi kan? cikgu2 suke nak buat aktiviti sesi berkenalan. huahua... aku suke tym ni sbb x yah blaja (obviously!) dan aku x suke sbb bile aku sebut name aku cikgu akan tny lebih dari sekali. name x supe org len kan.... ade la satu mase tu aku eja name aku dan akhirnye aku dicop oleh cikgu tu kurang ajo (ade ke patut?????????) sape suh tny banyak kali????? sape yang bersalah dalam hal ni?????

sekolah orang lain

again....lari dari topik sebenar *sigh*. i was thinking to intro myself kepade korang sume (aiyoohhh...ade ke reader??)nyahahaha...whatever....

mase aku kat matrik UIA dulu, aku amek kos architecture (sbb perasan diri sendri sangat pandai art dan seni reka) bile aku insaf, aku tuka kos engineering yang lebih kene ngn diri sendri yang bole deal ngn fact je (maybe, tu pon xde la excel sgt)...mase kat architecture dulu, first assignment kitorang kene buat tajuk "It's me". rasenye under subject environmental design. so kne la buat design yang kne ngn diri sendri...hohoho...aku rase sungguh tercabar sekali sbb mase skolah dulu aku sangat berbangge ngn gred C atau D utk pendidikan seni.nak xnak aku kne buat la jgk. mule2 design kat ketas A3, bile dah approved baru buat kat A2.. as expected, aku antare manusie yang paling las approved (tu pon lect kesian tgk aku kot)... jangan tny ape aku buat sbb aku sendri dah lupe..muahaha

bile teringat pasal tu, so i decided nak tarok it's me kat 1st entry nih. even the title seems a bit narcissistic, tapi bukan begitu sebenarnye ye... just as an introduction..tapi kan...rase cam dah panjang sangat plak aku merepek ni...

so till next time, aku sambung lagi pasal "its me"..heheh..